Isnin, 4 Mei 2009

Perjalanan sebuah kehidupan

Kenapa hidup ini sering kita rasakan tidak adil? malahan kita sentiasa rasa tertipu dengan permainan takdir. Perjalanan hidup kita sering terganggu dengan pelbagai ujian dan cabaran. Perasaan kita sentiasa rasa tidak aman dan gelisah. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Namun hanya satu yang di pinta, semoga IMAN sentiasa menebal dalam diri. Walau sekuat mana, seberat mana cubaan dan ujian yang dilalui, biarlah kita mampu untuk mengahdapinya. Cuma, biarlah ujian ini tidak perpanjangan dan biarlah jawapan dan hikmah di sebalik setiap kesusahan ini bakal ternoktah dengan kenikmatan yang penuh barakah.
Mohon semoga kita selalu tabah dan sentiasa redha keatas suratan dan takdir yang tertulis untuk perjalan hidup ini. Biarlah soal ajal, maut, jodoh pertemuan dan rezeki menjadi hak penentu oleh Tuhan. Hanya tawakal dan doa yang tidak pernah kering sentiasa dititipkan buat bekal dan semangat dalam kehidupan ini.
Hanya kepada Ilahi tempat kita bergantung harap semua persoalan yang rumit yang tidak mempunyai jawapan untuknya.
semoga kita tidak berputus asa dalam mencari ketenangan dalam menghadapi hidup ini.
Ya Allah, tunjukkan lah kamicara dan jalan untuk kami memahami hakikat sebuah kehidpan ini.
Aminnnn.....Ya Rabbal 'alaminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan